Cari @ Amanz

Huawei Sound X Kini Di Malaysia Pada Harga RM1299 – Speaker Premium Era Baharu

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei agak aktif dalam pengenalan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan. Tidak ketinggalan adalah sebuah speaker audio premium untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Sound X.

Huawei Sound X hadir dengan sokongan sambungan secara Bluetooth, menawarkan integrasi dwi-subwoofer, dan kebolehan penawaran bass serendah 40hz.

Huawei Sound X

Ia hadir dengan rekaan berbentuk bulat, sekaligus menawarkan pengalaman bunyi audio 360-darjah. Huawei membangunkan Sound X ini dengan kerjasama bersama pihak Devialet – sekaligus menawarkan speaker yang premium kepada pengguna.

Ciri lain seperi OneHop Audio Sharing turut diintegrasikan untuk memudahkan sambungan peranti Android ke speaker premium ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan speaker Huawei Sound X ini pada harga RM1299 hari ini.


Komen ()