Cari @ Amanz

Telefon pintar memfokuskan permua (permainan mudah-alih) telah menjadi salah satu trend daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia, dimana ia hadir dengan spesifikasi mercu, skrin pada kadar segar semula tinggi, dan ketahanan bateri yang baik.


Terbaru, pihak Realme turut tidak ketinggalan, dan dijangka akan memperkenalkan telefon permua mereka tersendiri dinamakan Realme X50 Pro Player Edition.

Seperti namanya, telefon ini merupakan variasi daripada Realme X50 Pro yang telah dilancarkan sebelum ini.

Mengikut desas-desus yang tertiris, Realme X50 Pro Player Edition bakal hadir dengan skrin 6.44-inci pada kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia juga bakal dilengkapi dengan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan 65W.

Walaubagaimanapun, ia akan menyertakan sokongan kamera yang sedikit rendah berbanding Realme X50 Pro. Telefon ini dijangka menyertakan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain mungkin menggunakan skrin berlubang dihadapan menyertakan dwi-kamera swafoto.

Realme dijangka memperkenalkan telefon pintar ini bersama-sama sejumlah produk lain pada 25 Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd