Cari @ Amanz

Pelbagai pembangun pelayar web telah mula menamatkan sokongan Adobe Flash pada tahun 2020 ini, dan kini pihak Mozilla turut mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan Flash pada Firefox menjelang Disember 2020 kelak.

Mozilla dijangka akan membuang sokongan Flash sepenuhnya pada versi Firefox 84 yang dijadualkan pada Disember 2020 ini. Bermula daripada Firerox 84, tiada lagi sokongan Flash akan disertakan pada pelayar web keluaran Firefox ini.

Langkah ini juga selari dengan sokongan Adobe Flash yang telah mula dihentikan secara berperingkat, dan pihak Adobe sendiri telah menyatakan tidak akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk Adobe Flash bermula 2021 kelak.

Buat masa ini, sokongan Flash tidak diaktifkan pada pelayar web Firefox, tetap pengguna masih boleh mengaktifkannya secara manual ketika melayari sesuatu laman web.

Selain Mozilla, pihak Google turut merancang untuk membuang sokongan Flash pada Chrome menjelang Januari 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd