Micron Memperkenalkan Dua Siri Storan SSD Baru Untuk Keperluan Berbeza

Micron Memperkenalkan Dua Siri Storan SSD Baru Untuk Keperluan Berbeza

Diterbitkan pada Mei 18, 2020 oleh .

Micron ialah jenama pembuat cip untuk pelbagai kegunaan, seperti memori dan storan untuk peranti pengguna dan juga industri.

Baru-baru ini, mereka telah melancarkan dua model SSD yang dinamakan Micron 2300 SSD dan juga Micron 2210 QLC SSD yang menjanjikan prestasi pantas dan pilihan storan yang cukup besar berbanding dengan banyak pilihan SSD di pasaran sekarang.

Bermula dengan Micron 2300 SSD, model storan ini memfokuskan kepada penggunaan industri kreatif, seperti rekaan industri, olahan video dan rekaan grafik. Hadir dengan pilihan storan sekecil 256GB sehingga 2TB, SSD ini hadir dalam rekaan padat M.2 dan mempunyai kelajuan pembacaan data 3300MB/s dan penghantaran data 2700MB/s.

Micron 2210 QLC SSD pula dibina untuk komputer-komputer riba pengguna biasa yang inginkan storan SSD yang lebih pantas daripada cakera keras dengan prestasi sebuah SSD. Model ini hadir dengan pilihan storan 512GB sehingga 2TB, dan mempunyai kelajuan pembacaan data 2200MB/s dan penghantaran data 1800MB/s.

Menurut Micron, kedua-dua SSD ini sudah boleh dibeli oleh pembangun-pembangun komputer dan komputer riba untuk dimuatkan kedalam peranti-peranti mereka.



TIPS & ULASAN