Cari @ Amanz

AR Copy Paste Membolehkan Pengguna Salin Objek Sebenar & Tampal Secara Digital Melalui AR

Link Copied!

Teknologi AR, atau realiti terimbuh adalah sesuatu perkara yang menarik. Sehinggakan Apple menyertakan sensor LIDAR pada iPad Pro baharu mereka. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan realiti terimbuh, seperti permainan, pembelajaran, seni dan banyak lagi. Teknologi realiti terimbuh ini belum lagi matang dan masih banyak perkara boleh dijayakan melalui teknologi ini.

View this post on Instagram

4/10 – Cut & paste your surroundings to Photoshop with AR+ML (code in bio) Type: Sainte Colombe by @Yoannminet @ProductionType Book: @holomagazine 1 Garment: SS17 by @karentopacio UPDATE: You can now subscribe to our beta program to get early access! arcopypaste.app (Link in bio) #ML #AR #AI #AIUX #AugmentedReality #MachineLearning #CreativeCoding #InteractionDesign #Adobe #Photoshop

A post shared by Cyril Diagne (@cyril.diagne) on

Terkini, teknologi ini sudah mula menjadi semakin maju apabila ia diaplikasikan dalam kerja salin dan tampal. Pengguna boleh menggunakan telefon pintar untuk mengambil/mengimbas gambar untuk “menyalin” sesuatu objek dari dunia realiti dan tampal ke komputer dengan hanya menggunakan telefon yang sama tadi sahaja. Untuk lebih mudah faham, lihat sampel video di atas.

Mana-mana objek yang “diimbas” untuk disalin boleh ditampal pada pelbagai perisian seperti Adobe Photoshop, InDesign, Power Point, Keynote, atau juga Google Note. AR Copy Paste ini menggunakan dua teknologi, iaitu BASNet dan SIFT. BASNet adalah kemampuan kecerdasan buatan membuang latar belakang pada sesuatu objek, manakala SIFT pula adalah kemampuan memadankan koordinat pada telefon pintar dan skrin komputer.

BASNet dan SIFT asalnya adalah kajian persendirian sahaja, memfokuskan kepada rekaan interaksi untuk mempelajari bagaimana pembelajaran nmesin memudahkan interaksi antara manusia dengan sistem digital secara lebih natural. AR Copy Paste ini dihasilkan oleh Cyril Diagne, iaitu seorang pereka dan juga pembangun. Buat masa ini, AR Copy Paste ini hanya boleh didaftar minat sahaja dan tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada semua orang dan sama ada adakah ianya percuma ataupun berbayar. Apa-apa pun, ini adalah satu fungsi menarik dan saya sendiri tidak sabar untuk kehadirannya.


Komen ()