Cari @ Amanz

Poco Meminta Peminat Mencadangkan Nama Untuk Fon Telinga Mereka Yang Bakal Diperkenalkan

Oleh Aman

Link Copied!

Poco telah pun memperkenalkan telefon pintar Poco F2 Pro mereka secara rasminya baru-baru ini, dimana ia hadir dengan penawaran spesifikasi mercu pada harga yang kompetitif.

Terkini, selain daripada telefon pintar, Poco turut dalam persiapan untuk memperkenalkan aksesori pertama mereka, iaitu sebuah fon telinga nirwayar.

Poco mengatakan pelancaran produk berkenaan semakin hampir, dan meminta pengguna untuk mencadangkan nama untuk produk mereka.

Antara nama yang disenaraikan adalah Poco Move Buds, Poco Klip Buds, Poco Pop Buds, dan juga Poco Funkz. Ketika artikel ini ditulis, nama Poco Pop Buds menerima undian yang tertinggi.

Bagi anda, apakah nama kegemaran anda?


Komen ()