Kevin Mayer Dari Disney Kini Menjadi CEO TikTok

Kevin Mayer Dari Disney Kini Menjadi CEO TikTok

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Kevin Mayer yang mengetuai sejumlah perkhidmatan memfokuskan pengguna, termasuk pengenalan Disney+, Hulu, ESPN+ kini telah pun dilantik menjadi CEO kepada salah satu perkhidmatan sosial yang semakin popular dari hari ke hari, iaitu TikTok.

Kevin Mayer sebelum ini diperkatakan mungkin menjadi CEO untuk Disney, menggantikan Bob Iger. Namun, perkara berkenaan tidak menjadi, sebaliknya Bob Chapek yang dilantik menjadi CEO Disney.

Kevin Mayer juga pada masa yang sama akan bertugas sebagai COO untuk Bytedance, dan turut mengetuai pembangunan perkhidmatan permainan, muzik, Helo, dan perniagaan baru.

Dengan pelantikkan baru ini, kita mungkin melihat beberapa perubahan baru, atau mungkin juga melihat TikTok menjadi fokus lebih ramai dalam menikmati kandungan. Sama-sama kita nantikan apakah antara perubahan yang mungkin dibawakan oleh Kevin Mayer di TikTok dan ByteDance.



TIPS & ULASAN