Carian
Sensor 50Mp Samsung ISOCELL GN1 Diumumkan Dengan Pemfokusan Sepantas DSLR
May 19, 2020 Effi Saharudin

Sebuah lagi sensor dilancarkan oleh Samsung hari ini iaitu ISOCELL GN1 dengan saiz 50-megapixel. Ia adalah sensor pertama keluaran mereka dengan pemfokusan Dual Pixel dan penggabungan pixel Tetracell. Menurut Samsung ini membolehkan sensor ini melakukan pemfokusan setanding dengan sebuah kamera DSLR.

Dengan sokongan tetracell, empat pixel pada sensor boleh digabungkan menjadi satu. Hasilnya gambar pada waktu malam yang lebih terang dengan pixel sebesar 2.4μm dan gambar sebesar 12.5-megapixel. Pada waktu yang sama menerusi sokongan perisian, sensor ini boleh digunakan untuk mengambil sehingga resolusi 100-megapixel.

Akhir sekali sensor turut mempunyai sokongan auto-ISO, penstabilan imej elektronik dan kemampuan rakaman video sehingga 8K 30FPS. Pengeluaran sensor akan bermula bulan hadapan.

Komen