Anda adalah generasi yang sejak dari kecil telah dibiasakan dengan penggunaan teknologi canggih. Kami yakin ada di antara anda yang kini takut untuk kembali ke kampung kerana akan dilantik menjadi pusat sokongan pelanggan bagi saudara mara yang mungkin kurang celik teknologi.
Antara golongan yang paling sukar membiasakan diri dengan teknologi ialah warga emas. Bagi memudahkan golongan ini menggunakan paparan pintar seperti Nest Hub Max. Google muka menguji antaramuka baharu.
Antara muka berasaskan kad ini telah di pra-program dengan fungsi asas seperti melakukan panggilan video, mendengar radio, menstrim muzik atau membaca berita terkini. Dengan wujudnya set kad pada skrin, warga tua hanya perlu menyentuh skrin untuk mengaktifkan fungsi yang ingin diakses. Antaramuka ini sedang diuji di sebuah rumah warga tua bagi melihat keberkesanannya.