Gempar minggu lalu apabila pengguna OnePlus 8 Pro menyedari peranti mereka hadir dengan kemampuan “pandangan sinar-X” secara tidak sengaja. Sensor warna yang disertakan membolehkan ia melihat menembusi permukaan plastik dan juga baju. Di dalam situasi tertentu, pembuluh dari di dalam tubuh juga dapat dilihat apabila penuras yang terbina pada aplikasi kamera digunakan.
Menerusi akaun Weibo mereka hari ini, OnePlus mengatakan kemampuan melihat menembusi objek ini akan dinyahaktifkan menerusi sebuah kemas kini di masa akan datang. Ini adalah bagi menjaga privasi orang ramai sekiranya penuras ini digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya seperti mengambil gambar menembusi pakaian misalnya.
Pada asalnya penuras musim luruh ini disertakan bagi memberikan kesan fotografi infra merah yang popular di kalangan peminat fotografi OnePlus menyedari penuras ini masih lagi ingin dipakai oleh pengguna bagi mengambil gambar landskap yang cantik. Oleh itu mereka sedang mencari jalan untuk masih memberikan penuras infra merah ini kepada pengguna tanpa ia disalahgunakan.
Sumber Weibo menerusi Mishaal Rahman