Cari @ Amanz

Microsoft Mengacah Kehadiran Surface Book 3 Dan Surface Go 2 Ke Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft telah pun memperkenalkan sejumlah peranti baru dibawah keluarga Surface pada minggu lepas. Menariknya, kini akaun rasmi Surface Malaysia di Twitter mula mengacah kehadiran Surface Book 3 dan juga Surface Go 2 untuk pasaran tempatan.

Surface Go 2

Surface Go 2 merupakan tablet memfokuskan produktiviti, hadir dengan skrin 10.5-inci, dijana cip Intel Pention Gold 4425Y/Intel Core m3, memori sehingga 8GB, dan storan sehingga 128GB.

Surface Book 3

Surface Book 3 pula komputer riba dengan skrin boleh ditanggalkan, dilengkapi skrin 13.5-inci atau 15-inci, menggunakan cip Intel Core Gen-10 terbaru, sokongan kad grafik NVIDIA GeForce, dan masa penggunaan bateri sehingga 17.5 jam lamanya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan Microsoft telah mula mengacahnya, kita mungkin melihat ia ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.


Komen ()