Cari @ Amanz

Dron DJI Mungkin Diharamkan Di Amerika Syarikat Kerana Isu Paten

Link Copied!

Pada tahun 2017,Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan dron buatan DJI oleh anggota pasukan keselamatan atas sebab keselamatan. Kini mereka berhadapan pula dengan halangan lebih mencabar kerana dron mereka mungkin akan diharamkan jualannya pula di seluruh Amerika Syarikat.

Pengharaman tiada kena mengena dengan perang perdagangan China dan A.S. Sebaliknya mahkamah di A.S mendapati DJI bersalah dalam pelanggaran paten dron kuad-kipas milik syarikat Autel Robotics USA. Paten yang dianugerahkan kepada Autel Robitics pada tahun 2013 adalah berkenaan sistem mengunci kipas pada dron selepas ia dibuka dari posisi lipat.

Beberapa dron DJI di pasaran mempunyai mekanisme dan rekaan yang serupa dengan paten ini. Dron DJI seperti Mavic Air, Mavic Pro, Mavic 2 Pro, Mavic 2 Zoom, dan Spark mungkin akan diharamkan oleh  Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) A.S seawal Julai 2020. Autel Robotics USA adalah sebuah syarikat yang juga berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi berasal dari China.


Komen ()