Cari @ Amanz

Zhiyun Melancarkan Gimbal Dua Paksi Smooth-X Pada Harga Mampu Milik

Link Copied!

Dengan gimbal video yang lebih stabil lengkap dengan kesan khas boleh dirakam menggunakan telefon pintar. Tetapi di pasaran Malaysia secara lazimnya gimbal dijual pada harga yang kurang mampu milik. Zhiyun, telahpun melancarkan gimbal terkini mereka pada harga yang tidak merabakkan poket.

Bukan sahaja harganya lebih munasabah, Smooth-X turut boleh dilipat untuk menjadikannya lebih kecil dan hanya seberat 265 gram. Ini meletakkannya di dalam kategori yang sama seperti Zhiyun Smooth-Q2 dan DJI Osmo Mobile 3. Smooth-X mempunyai gimbal dua paksi dengan tambatan kepada peranti secara bluetooth. Ia menyokong mod mengikut pergerakan subjek secara automatik dan tangkai yang boleh dipanjangkan sehingga 260 mm.

Dengan sekali caj, Smooth-X boleh beroperasi hampir enam jam. Gimbal Zhiyun Smooth-X ditawarkan pada harga $60 (~RM261) sebuah.


Komen ()