Cari @ Amanz

Honor MagicBook Pro 2020 Diperlihatkan – Hadir Dengan Komponen Serba Baru

Oleh Nazrin

Link Copied!

Honor mungkin sebuah jenama yang dikenali untuk peranti-peranti pintar mereka, tetapi mereka juga telah melancarkan siri komputer riba yang dinamakan Honor MagicBook yang padat dan berguna untuk tujuan produktiviti rumah dan pejabat.

Terkini, Honor telah memperlihatkan model terbaru komputer riba tersebut yang dinamakan Honor MagicBook Pro yang hadir dengan rekaan yang dikemaskini dan juga komponen-komponen serba baru.

Honor MagicBook Pro mempunyai paparan bersaiz 16.1 inci dengan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7 ataupun i5 generasi kesepuluh, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD sebesar 512GB.

Ia juga dimuatkan dengan cip grafik NVIDIA GeForce MX350 yang hadir dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB yang boleh menggerakkan beberapa permainan komputer pada tetapan rendah ataupun pertengahan.

Dari segi rekaan, MagicBook Pro ini mempunyai paparan berbingkai nipis dimana nisbah paparan ke badan adalah setinggi 90 peratus. Rangka komputer riba ini diperbuat daripada logam aluminium yang lebih premium daripada model sebelum ini. Bersama-sama bateri 56Wh, MagicBook Pro ini juga dikatakan hadir dengan jangkahayat bateri selama 14 jam dengan satu pengecasan penuh.

Honor MagicBook Pro ini sudah boleh dibeli di kedai atas talian VMall di China pada harga bermula 5999 Yuan.


Komen ()