Huawei Mobile Services Dilaporkan Mempunyai 1.4 Juta Pembangun Di Serata Dunia

Huawei Mobile Services Dilaporkan Mempunyai 1.4 Juta Pembangun Di Serata Dunia

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Huawei, syarikat teknologi terbesar di China sekarang dilihat sedang mengekang serangan hebat daripada kerajaan Amerika yang dilihat menghalang syarikat tersebut daripada menggunakan khidmat pelbagai syarikat-syarikat teknologi Amerika dan antarabangsa yang lain.

Sewaktu acara Huawei Global Analyst Summit yang sedang berlangsung, Wang Yanmin, Presiden Huawei Consumer Business telah mengatakan bahawa Huawei Mobile Services (HMS), iaitu perisian perantii Huawei kini mempunyai 1.4 juta pembangun di seluruh dunia.

Huawei P40

Nombor ini meningkat sedikit berbanding 1.3 juta pembangun yang dilaporkan oleh mereka pada bulan Mac yang lalu, bersama-sama dengan 400 juta pengguna perkhidmatan HMS di 170 buah negara di seluruh dunia.

Ini mungkin hanya gabungan kesemua peranti-peranti Huawei sedia ada, termasuklah peranti-peranti yang masih boleh menggunakan Google Mobile Services seperti Huawei P30 dan kebawah yang masih aktif di seluruh dunia.

Walaupun begitu, jumlah pengguna dan pembangun sedia ada yang biasa ini mungkin akan membantu Huawei untuk mempercepatkan pembangun HMS supaya mereka boleh menambahkan jumlah aplikasi didalam sistem operasi mereka secepat yang mungkin.



TIPS & ULASAN