Honor Pad V6 Dilancarkan – Tablet 10.4 Inci Dengan Sokongan Stylus Magic Pencil

Honor Pad V6 Dilancarkan – Tablet 10.4 Inci Dengan Sokongan Stylus Magic Pencil

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Pasaran tablet Android kini tidak sehangat dahulu mungkin kerana saiz skrin telefon sudah semakin besar membuatkan pembeliannya tidak lagi dianggap perlu. Bagi mereka yang masih mencari tablet Android, Honor Pad V6 telah dilancarkan di China dan ia turut hadir dengan sokongan stylus Magic Pencis.

Tablet ini dilengkapi skrin 10.4″ LCD (2000×1200 pixel), dijana cip Kirin 985, memori 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri sebesar 7250 mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 22.5W menerusi port USB-C.

Ia mempunyai sokongan 5G dan WiFi 6 bagi memberikan capaian Internet yang pantas kepada pengguna. Terdapat juga aksesori papan kekunci fizikal yang menambah sebuah port USB-C dan bicu audio 3,5mm. Empat pembesar suara yang disertakan pula menyokong sistem audio Histen 6.0 3D. Tiada maklumat mengenai harga jualan diumumkan setakat ini tetapi ia akan ditawarkan dalam warna hitam, hijau dan putih.



TIPS & ULASAN