Dengan perjalanan udara masih lagi terhad dengan keperluan kuarantin selama 14 hari, adalah sukar untuk ahli perniagaan melakukan mesyuarat empat mata. Jadi tidak mengejutkan perisian telesidang meningkat kepopularannya sejak dua bulan yang lalu.
Tetapi banyak perniagaan mula menyedari kelengkapan telesidang yang digunakan mereka tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi untuk menawarkan kualiti memuaskan. Bagi memenuhi keperluan ini. Asus menawarkan kit telesidang khas yang direka khusus untuk penggunaan Google Meet di pejabat.
Kit terdiri daripada kamera web UHD, komputer dengan Chrome OS, skrin LCD sesentuh dan set mikrofon/pembesar suara. Spesifikasi komputer ini agak tinggi dengan cip Intel Core i7, memori sebesar 4GB RAM dan storan 128GB SSD M.2.
Kamera web yang disertakan pula dilengkapi lensa ultra sudut lebar 120 darjah dengan kemampuan zum sehingga 4X. Asus menawarkan kit ini dalam beberapa pakej kit dengan harga bermula dari €1,915 (~RM9107) satu set.