Carian
Realme Memperlihatkan Penawaran Jam Tangan Pintar Mereka, Realme Watch
May 20, 2020 Aman

Realme bakal melancarkan jam tangan pintar mereka yang pertama, Realme Watch secara rasminya pada 25 Mei kelak. Namun, kini mereka telah menerbitkan sebuah halaman khas untuk jam tangan pintar berkenaan, mengacah pengenalannya – dan menariknya berkongsi hampir kesemua perkara yang bakal dibawakan jam tangan pintar tersebut.

Realme Watch

Melalu gambar yang telah diterbitkan, Realme Watch dilihat membawakan rekaan menyerupai Apple Watch, dilengkapi skrin berwarna, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik memfokuskan kecergasan dan kesihatan.

Realme Watch menggunakan skrin sentuh 1.4-inci, menawarkan sejumlah pilihan tali jam dengan perbezaan pada warna, ciri pemantauan aktiviti dengan lebih 14 mod sukan berbeza, dan juga pemantauan kesihatan 24 jam untuk memantau kadar denyutan nadi dan juga tahap oksigen pada darah.

Realme Watch

Ciri jam tangan pintar lain seperti notifikasi panggilan, notifikasi daripada aplikasi dan SMS turut disertakan pada jam tangan pintar ini. Pengguna turut boleh mengawal peranti – seperti untuk rakaman gambar, atau audio muzik melaluinya.

Dengan perkongsian ini, mungkin kita perlu nantikan harga jualannya ketika pelancaran rasminya kelak 25 Mei 2020 ini.

Komen