Cari @ Amanz

Facebook Shops Diperkenalkan – Memudahkan Perniagaan Menjual Secara Atas-Talian Di Facebook Dan Instagram

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook sebelum ini sedia memperkenalkan penawaran Facebook Marketplace yang memudahkan jualan barangan antara pengguna. Kini, melangkah setapak lagi kehadapan, Facebook hari ini memperkenalkan Facebook Shops.

Facebook Shops merupakan salah satu usaha Facebook dalam memudahkan perniagaan kecil dan sederhana menawarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas-talian. Ia boleh dikatakan sebuah platform edagang baru, dan ditawarkan percuma oleh Facebook.

Facebook Shops

Facebook Shops

Dengan Facebook Shops, sesuatu perniagaan hanya perlu membuka satu kedai secara atas-talian pada platform berkenaan, dan boleh diakses pengguna terus daripada Facebook atau Instagram. Facebook turut mengatakan ciri kedai ini akan turut diintegrasikan pada Messenger dan WhatsApp pada masa akan datang.

Penawaran Facebook Shops ini adalah percuma, dan perniagaan boleh memuat-naik keseluruhan katalog produk mereka, selain turut membuat perubahan seperti rekaletak dan bagaimana paparan halaman kedai anda di Facebook.

Facebook juga turut mengintegrasikan ciri permesejan WhatsApp, Messenger dan Instagram Direct – sekaligus memudahkan pengguna berhubung dengan pemilik kedai di Facebook Shops.

Penawaran ciri Facebook Shops ini dimulakan secara berperingkat hari ini bermula dari Amerika Syarikat. Facebook mengatakan ia akan diperkenalkan secara meluas dalam masa terdekat ini.


Komen ()