Cari @ Amanz

Tesla adalah jenama kereta elektrik yang amat popular. Populariti jenama ini meningkat apabila, kenderaan mereka mempunyai mod swapandu dan juga selepas memperkenalkan kereta elektrik mampu milik – Tesla Model 3. Jenama Tesla ini berkembang pesat di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan juga Asia, seperti di China.

Terkini, Tesla dilaporkan sudah bersedia untuk menghasilkan sebanyak 4,000 unit kenderaan dalam masa seminggu bermula Jun tahun ini. Mereka juga dianggarkan mampu menghasilkan sebanyak 150,000 unit setahun. Produksi kereta ini akan bermula di Tesla Shanghai Gigafactory, yang mana merupakan antara kilang pembuatan besar yang akan mula beroperasi.

Menurut sumber lagi, pembinaan kilang besar mereka juga kini berjalan dengan lancar yang mana dikatakan akan menjadi dua kali ganda besar selepas ia selesai dibina dari sebelum ini. Pembinaan kilang ini dijangka akan siap pada hujung tahun, agar pembuatan Tesla Model Y untuk pasaran China boleh bermula. Tambahan lagi, dengan kilang yang berganda besar ini – pembuatan alat ganti, bateri baharu semuanya boleh dihasilkan untuk membekal di negara tersendiri dan tidak bergantung dari negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd