Nokia Mencatatkan Rekod Dunia Untuk Kelajuan 5G Terpantas

Nokia Mencatatkan Rekod Dunia Untuk Kelajuan 5G Terpantas

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Pelbagai negara kini dalam persiapan untuk memperkenalkan rangkaian 5G masing-masing, dan semestinya penyedia infrastruktur ingin mencuri perhatian penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menggunakan infrastruktur mereka.

Terbaru, Nokia mengumumkan kini mereka memegang rekod dunia untuk kelajuan 5G terpantas buat masa ini.

Melalui penggunaan OTA (Over-The-Air) yang dilakukan di Dallas, Texas, Nokia berjaya mencatatkan kelajuan mencapai 4.7Gbps. Kelajuan ini berjaya dicatatkan dengan menggunakan perisian dan perkakasan 5G yang sedia terdapat dipasaran secara komersil.

Nokia mengatakan kelajuan ini berjaya dicapai menggunakan lapan spektrum milimeter 100MHz, pada gelombang 28GHz dan 39Ghz, yang menawarkan bandwidth 800MHz, dan 40MHz pada spektrum LTE.

Penawaran ini memperlihatkan keupayaan penawaran perkhidmatan yang pantas kepada pengguna rangkaian menggunakan infrastruktur mereka. Walaupun ini tidak bermakna pengguna boleh menikmati kelajuan berkenaan pada peranti masing-masing pada hari ini, ia agak menarik untuk melihat penyedia infrastruktur bersaing dalam penawaran kelajuan terbaik kepada pengguna.



TIPS & ULASAN