Kajian: Jarak Pembatasan Sosial 6 Kaki Adalah Tidak Mencukupi

Kajian: Jarak Pembatasan Sosial 6 Kaki Adalah Tidak Mencukupi

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Wabak Covid-19 adalah virus merbahaya yang kini sedang menular di seluruh dunia. Bagi mengurangkan penyebaran virus ini, perintah berkurung, perintah kawalan pergerakan dan juga pembatasan sosial telah diperkenalkan. Orang ramai tidak digalakkan berkumpul, perlu kurangkan bersentuh dan menjaga jarak antara satu sama lain sejauh 6 kaki atau sekitar 1.8 meter.

Mengejutkan, terdapat kajian yang membuktikan jarak kurang dua meter ini adalah tidak sesuai untuk jarak pembatasan sosial. Ya, sekitar 2 meter mencukupi sahaja sebenarnya – tetapi orang ramai hanya akan selamat jika suasana tidak berangin kerana percikan air liur dari satu batuk akan terus jatuh ke tanah. Tetapi jika ada sedikit angin sahaja, titisan air liur dari batuk boleh merebak sejauh 18 kaki (~5.4 meter) dalam masa lima saat. Kajian ini dilakukan oleh University of Nicosia di Cyprus.

Kemudian kajian dari NIH (National Institute Health) bahagian National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK) mendapati yang dengan hanya bercakap “Stay Healthy” atau bercakap dengan kuat, beribu air liur boleh terpercik dan akan kekal di udara mencapai sehingga 14 minit. Beberapa titisan air liur tersebut akan kering dan mengecil dari 12-20 mikrometer ke 4 mikrometer, tetapi lebihan akan kekal di udara sekitar 12 minit. Kajian ini dilakukan dalam kawasan yang tertutup dan udara yang ditapis.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengkaji berapa banyak air liur yang merebak di udara akan menyebarkan virus ini – kerana Covid-19 lebih mudah dijangkiti melalui sentuhan. Apa-apa pun, orang ramai masih perlu berjaga-jaga dan amat digalakkan menggunakan pelitup muka.



TIPS & ULASAN