realme baru sahaja melancarkan peranti mercu mereka yang terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu realme X3 SuperZoom. Telefon pintar ini dilancarkan dengan spesifikasi yang agak mengagumkan dimana ia dilengkapi dengan rekaan skrin 6.6 inci bersama paparan Ultra Smooth 120Hz, janaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855+ Mobile Platform, dan gabungan kamera belakang 64MP+8MP+8MP+2MP. Manakala kamera hadapannya pula, dilengkapi dengan lensa 32MP.
Namun, pada artikel kali ini saya akan menghuraikan berkenaan kehebatan rekaan skrin realme X3 SuperZoom dan bagaimana paparan skrin 120Hz dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan dan tatalan yang lebih baik. Pertama sekali, tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan kadar segar semula? Kadar segar semula merupakan keberangkalian sesuatu skrin dipaparkan dalam masa satu saat. Jadi, lebih tinggi kadar segar semula pada seseuatu skrin, lebih baiklah prestasi paparan pada skrin telefon pintar anda.
Bagi telefon pintar ini, memandangkan skrinnya dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz, ia mampu untuk memaparkan skrin sehinngga 120 kali dalam satu saat. Dari segi rekaannya pula, realme X3 SuperZoom ini dilengkapi dengan rekaan skrin yang cukup besar, bersaiz 6.6 inci Ultra Smooth Display dengan nisbah skrin ke badan seluas 90.6%. Melalui paparan bersaiz ini, ia memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman tatalan yang lebih meluas dan lancar.
Apa yang menjadikan paparan skrin realme X3 SuperZoom ini lebih berkualiti adalah ia dilengkapi dengan resolusi 2400X1080p FHD+ yang bernisbah 20:9 dengan kecerahan maksimum sehingga 480nits. Tambahan pula, realme menyertakan fungsi untuk penjagaan mata anda dengan cara melaras suhu warna pada skrin dan sokongan visual OSIE yang dapat memaparkan paparan yang lebih jelas. Melaluinya, anda boleh melaraskan mengikut keselesaan mata dan tetapkan masa tertentu untuk mengaktifkan fungsi ini. Dengan bantuan paparan skrin 120Hz, anda masih boleh menikmati visual yang baik walaupun pewarnaan skrin telah dilaraskan.
Untuk pengetahuan anda, realme X3 SuperZoom ini juga dilengkapi dengan antaramuka Android 10 yang terbaru. Melalui bantuan skrin kadar segar semula 120Hz pada skrin, ia menjadikan skrin telefon pintar ini menjadi lebih responsif dan dapat bertindak balas dengan lebih laju berbanding dengan skrin 60Hz. Apa yang lebih mengagumkan, telefon pintar ini merupakan model yang menerima markah tertinggi daripada Antutu Benchmark bagi telefon pintar yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+. Hasilnya, masalah lengah masa dapat dikurangkan apabila proses menatal skrin dibuat. Kini, anda dapat bermain permua dengan lebih lancar.
Ternyata, rekaan skrin dengan kadar segar semula 120Hz pada telefon pintar realme X3 SuperZoom ini dapat memberikan pengalaman tontonan dan tatalan yang lebih mengasyikkan serta lancar berbanding telefon pintar dengan skrin 60Hz. Hal ini kerana telefon pintar ini merupakan peranti mercu permulaan yang dilengkapi dengan skrin 6.6 inci 120Hz Ultra Smooth Display, janaan cip Qualcomm Snapdragon 855+, antaramuka Android 10, menyokong pemindahan data melalui NFC dan bateri berkapasiti 4200mAh. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini sudahpun mula dipasarkan di Malaysia, pada harga bermula RM1999 sebuah untuk model 8/128GB dan RM2299 untuk model 12/256GB. Sekiranya anda yang berminat, boleh dapatkannya melalui laman rasmi realme atau pengedar-pengedar rasmi mereka.
Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia