Carian
Podcast The Joe Rogan Experience Kini Eksklusif Di Spotify
May 20, 2020 Effi Saharudin

Spotify ingin menjadi platform podcast nombor satu dunia selari dengan status mereka sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia. Bagi menunjukkan keseriusan usaha untuk merajai dunia podcast, Spotify mengumumkan podcast popular The Joe Rogan Experience (JRE) kini hanya boleh distrim secara eksklusif pada platform mereka.

JRE akan boleh distrim menerusi Spotify secara eksklusif bermula 1 September hadapan. Ia boleh diakses secara permua oleh kesemua pengguna Spotify tanpa memerlukan langganan Premium. JRE ialah antara rancangan podcast yang paling popular di dunia. Sejak 2009, Joe Rogan telah menemuramah individu terkemuka seperti Bernie Sanders, Neil DeGrasse Tyson dan Elon Musk.

Dengan perjanjian eksklusif ini mungkin klip video JRE yang dimuat naik oleh Joe Rogan ke YouTube akan dihentikan. Tidak diketahui sekiranya ia juga akan ditawarkan ke Spotify bermula 1 September ini.

Komen