Cari @ Amanz

Televisyen Pintar Pertama Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di China

Link Copied!

Teknologi 5G dipercayai akan mengubah dunia kerana bukan sahaja akan digunakan pada telefon pintar tetapi juga pada robot, kenderaan swapandu, dron dan banyak lagi. Antara kelebihannya ialah kelajuan muat turun yang lebih pantas sehingga 10 gbps di masa akan datang. Oleh itu ia adalah terbaik untuk penstriman kandungan 8K. Di China, televisyen pintar pertama dengan sokongan 5G akhirnya dijual dan mengejutkan ia bukan dari jenama yang dikenali.

Viomi melancarkan televisyen pintar 8K 75-inci 21 Face mereka dengan sokongan 5G. Selain itu ia turut dilengkapi dua kamera pengesan 3D yang membolehkan ia dikawal dengan menggunakan gestur tangan. Sebuah kamera web 1080P pula boleh digunakan untuk panggilan video dan telesidang.

Tidak seperti televisyen pintar Huawei. kamera ini tidak boleh disimpan di dalam TV apabila tidak digunakan. Untuk menyokong rangkaian 5G, televisyen ini menggunakan cip keluaran Qualcomm. Turut disokong ialah WiFi 6.

Selain versi 75-inci, Viomi turut melancarkan 45-inci, 55-inci, dan 65-inci tetapi ketiga-tiganya tidak mempunyai sokongan 5G. Pada waktu ini harga jualan masih belum diumumkan.


Komen ()