Realme X3 SuperZoom Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 28 Mei Ini

Realme X3 SuperZoom Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 28 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Realme kini dalam perancangan untuk membawa sebuah lagi pewaris baru di bawah siri X keluarannya iaitu Realme X3 SuperZoom. Desas-desus kini kuat bertiup mengatakan peranti ini dikatakan bakal memiliki kebolehan zum yang lebih tinggi.

Terkini, Realme Malaysia berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa Realme X3 SuperZoom bakal menjengah ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Memetik poster dikongsi, pelancaran rasmi akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme pada 28 Mei 2020.

Sehingga kini, maklumat mengenai spesifikasi utama peranti masih menjadi teka-teki. Namun, Realme X3 SuperZoom dipercayai menggunakan skrin 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 855+ dan bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W. Ia juga dikhabarkan menawarkan lensa periskop bersama empat kamera di belakang. Untuk ketahui lanjut mengenai penawaran peranti, kita tunggu pelancaran rasmi kelak.



TIPS & ULASAN