LG Stylo 6 Kini Rasmi – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Stylus Terbina
LG

LG Stylo 6 Kini Rasmi – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Stylus Terbina

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Peranti dengan stylus terbina tidak banyak dipasaran kerana ia didominasi oleh Galaxy Note. Malangnya peranti ini adalah di luar kemampuan kebanyakan pengguna kerana harga jualannya yang agak tinggi. Oleh itu LG Stylo 6 cuba memberikan sedikit cabaran dengan pelancarannya di Amerika Syarikat pagi ini.

LG Stylo 6 hadir dengan skrin 6.8″ LCD FHD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utaam 13+5+5 megapixel, kamera swafoto 13-megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Ia menyokong pengecasan pantas menerusi port USB-C.

Stylus yang disertakan boleh diletakkan di dalam tempat simpanan terbina. Dari segi sistem operasi pula LG Stylo 6 menggunakan Android 10. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan ia turut masih lagi dilengkapi sebuah bicu audio 3.5mm. Di Amerika Syarikat LG Stylos 6 dijual pada harga $180 (~RM 783) sebuah.



TIPS & ULASAN