Vivo V17 Kini Ditawarkan Pada Harga RM1299 Dengan Storan Lebih Kecil

Vivo V17 Kini Ditawarkan Pada Harga RM1299 Dengan Storan Lebih Kecil

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Vivo V17 dilancarkan di Malaysia pada Disember tahun lalu pada harga RM1499. Pihak Vivo Malaysia telah mengemaskini penawaran peranti ni di negara kita dengan harga jualan RM1299. Versi ini walau bagaimanapun hadir dengan storan yang lebih kecil 128GB berbanding 256GB sebelum ini.

Vivo V17Vivo V17 hadir dengan skrin 6.44-inci FHD+ Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, kuad kamera utama 48+8+2+2 megapixel, kamera swafoto 32-megapixel dan bateri berkapasiti 4500mAh. Vivo turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin di Vivo V17. Dengan pelancaran model lebih mampu milik ini, V17 dengan storan 256GB tidak lagi ditawarkan menerusi saluran rasmi mereka.



Paling Popular