Carian
IFA 2020 Akan Berlangsung Tahun Ini Tetapi Pada Skala Lebih Kecil
May 20, 2020 Effi Saharudin

Setiap tahun acara IFA dilangsungkan di Berlin, Jerman untuk memperlihatkan inovasi dalam bidang teknologi telekomunikasi, televisyen, robotik, perkomputeran dan banyak lagi. Walaupun wabak Covid-19 masih lagi belum berjaya dihapuskan, IFA 2020 masih akan diteruskan.

Acara tahun ini akan hanya berlangsung selama tiga hari dari 3 hingga 5 September.  Di Berlin hanya acara dengan jumlah pengunjung di bawah 5000 orang sahaja dibenarkan. Oleh itu IFA tahun ini telah dihadkan kepada 1000 jemputan sahaja dengan 800 terdiri daripada wartawan dari 50 negara. Pihak IFA mengesahkan mereka akan turut menawarkan pengalaman maya kepada mereka yang tidak menerima jemputan.

Tahun ini pelbagai acara besar teknologi telah dibatalkan seperti MWC Barcelona dan Google I/O. Ia banyak mengubah bagaimana peranti baharu diumumkan.

Komen