Rekaan Redmi 10X Dikongsi Menerusi Poster Rasmi – Bakal Dilancarkan Di China Pada 26 Mei

Rekaan Redmi 10X Dikongsi Menerusi Poster Rasmi – Bakal Dilancarkan Di China Pada 26 Mei

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Redmi dilihat begitu komited dalam memberi sesuatu yang terbaik buat pengguna. Untuk mempelbagaikan lagi pilihan produk, Redmi dalam persediaan untuk memperkenalkan peranti baru iaitu siri Redmi 10X. Peranti ini juga telah disahkan bakal menggunakan cip pemprosesan terbaru daripada MediaTek iaitu Dimensity 820.

Difahamkan, Redmi 10X dijadualkan diperkenal pada 26 Mei kelak dan pelancaran akan diadakan di China. Rekaan peranti kini telah dikongsi menerusi poster rasmi di mana ia memperlihatkan sokongan empat kamera di belakang. Konfigurasinya masih menjadi tanda tanya.

Selain itu, peranti juga dilihat bakal didatangkan dengan pilihan warna cerun yang menarik. Malangnya, tiada seberang maklumat pada poster yang mendedahkan mengenai spesifikasi utama peranti.

Terdahulu, khabar angin mengatakan Redmi 10X dipercayai hadir dengan paparan 6.57-inci, sokong memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga didakwa hadir dengan kamera swafoto 16MP, bateri 4200mAh dan menjalankan antaramuka MIUI 11 berasaskan Android 10 terkini.



TIPS & ULASAN