Cari @ Amanz

Awal bulan ini, fon kepala nirwayar Razer Opus telah dilancarkan untuk pasaran China. Ramai yang agak teruja dengan fon kepala ini kerana ia mempunyai rekaan yang lebih minimalis, dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif dan mempunyai sokongan audio THX. Ini kini ditawarkan kepada pengguna global pada harga RM1065 menerusi laman rasmi Razer.

Opus dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 40mm dengan kemasan plastik hitam pusam. Rekaan Opus berbeza sekali dengan fon kepala Razer yang lain kerana tiada langsung logo dengan warna neon dan sistem lampu LED. Ia kelihatan lebih seperti sepasang fon kepala Sony dengan span telinga dan kepala dari bahan kulit palsu.

Kesemua kawalan audio dilakukan menerusi butang-butang fizikal yang disertakan. Tiada langsung sistem kawalan secara sentuhan ataupun NFC di sini. Muzik boleh dijeda dan dimainkan semula dengan hanya meletakkannya pada leher pemakai.

Tambatan audio bluetooth 4.2 digunakan dan juga sambungan kabel audio 3.5mm sekiranya diperlukan. Codec yang disokong pula adalah AAC dan aptX. Dengan sekali caj Razer Opus boleh beroperasi sehingga 25 jam.

Sumber Razer menerusi LowYat.Net

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd