Honor 9X Lite Akan Tiba Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Honor 9X Lite Akan Tiba Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Seperti kita sedia tahu, Honor bakal membawakan sebuah lagi peranti di bawah siri Honor 9X ke pasaran tempatan iaitu Honor 9X Lite. Kini, tarikh pelancarannya telah dikongsi menerusi sebuah poster di laman Facebook rasmi Honor Malaysia.

Pelancaran Honor 9X Lite dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2020. Seiring dengan pelancaran ini, Honor turut memperkenalkan dua lagi produk baru iaitu Honor Magic Earbuds dan Honor Scale 2. Pun begitu, harga penawaran untuk kesemua peranti masih menjadi tanda tanya dan kekal rahsia.

Untuk spesifikasi, Honor 9X Lite didatangkan dengan paparan berukuran 6.5-inci LCD FHD+, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 3,750mAh. Melengkapi peranti adalah sokongan dwi kamera di belakang dengan lensa 48-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 8-Megapixel.



Paling Popular