Honor 10X Dilancarkan Dengan Cip Kirin 820 Dan Kamera Swafoto Pop Naik

Honor 10X Dilancarkan Dengan Cip Kirin 820 Dan Kamera Swafoto Pop Naik

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Honor 10X dilancarkan di China hari ini dan ia adalah peranti kelas pertengahan 5G yang ditawarkan pada harga mampu milik. Bagi mengurangkan hara jualan, Honor 10X dilengkapi skrin 6.63″ IPS LCD dengan resolusi FHD+. Sungguhpun hanya sekadar IPS, ia masih menyokong kadar segar semula 90Hz dan mengesan sentuhan 180Hz.

Peranti dijana cip Kirin 820G dengan teknologi 7nm, dipadankan dengan memori sehingga 8GB LPDDR4x, storan sehingga 128GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4300 mAh dengan sokong pengecasan pantas 22.5W. Kamera utama menggabungkan sensor 40+8+2  megapixel  dan kamera hadapan pula adalah sebesar 16-megapixel pop naik.

Menarik sekali walaupun ia dilengkapi kamera pop naik, peranti masih melepasi piawaian kalis percikan IP5X. Turut masih diberikan ialah pengimbas cap jari fizikal pada sisi kanan dan bicu audio 3.5mm. Akhir sekali peranti menggunakan pelancar MagicUI3.1.1 yang berasaskan Android 10.

Di China harga jualan Honor 10X bermula dari RMB 1899 (~RM1644) untuk model 6/128GB dan RMB 2399 (~RM1470) untuk model 8/128GB. Warna yang ditawarkan pula ialah Racing Blue, Light Speed Silver, Burning Power Orange, dan Speed Black



TIPS & ULASAN