Carian
Galaxy Z Flip Dikemaskini Untuk Menyokong Flex Mode Dwi-Arah Pada Aplikasi Kamera
May 20, 2020 Effi Saharudin

Menerusi Flex Mode, skrin Samsung Galaxy Z Flip boleh dibahagi dua apabila peranti dilipat separuh pada posisi huruf L. Selama ini menerusi Flex Mode hanya bahagian atas skrin boleh memaparkan viewfinder apabila aplikasi kamera digunakan. Aplikasi kamera telah dikemaskini untuk pengguna di Malaysia membolehkan Flex Mode digunakan dwi-arah.

Kini terdapat butang khas pada aplikasi kamera yang apabila ditekan dua kali akan mengubah paparan viewfinder pada skrin atas ataupun ke bawah. Dengan ciri baharu ini pengguna diberikan lebih banyak pilihan terutamanya jika ingin mengambil gambar dari sudut rendah. Kemas kini boleh dilakukan sekarang secara OTA pada Galaxy Z Flip sekiranya anda memilikinya.

Komen