Cari @ Amanz

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Ciri Zum 100x Pada Siri Galaxy Note 20

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung sebelum ini telah menyertakan ciri dinamakan “Space Zoom” melalui Samsung Galaxy S20 Ultra, yang mana menawarkan sokongan zum sehingga 100x. Apa pun, walaupun ia dilihat menawarkan sokongan zum yang berkuasa, namun, ciri berkenaan boleh dikatakan tidak digunakan secara menyeluruh oleh semua.

Galaxy S20

Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Samsung tidak akan menyertakan ciri 100x zum berkenaan pada siri telefon pintar Galaxy Note 20 akan datang daripada mereka.

Walaupun di atas kertas, sokongan zum 100x tampak menarik, namun, secara praktikalnya ramai tidak menggunakannya. Apatah lagi, ia menawarkan sokongan zum digital, yang membuatkan gambar sedikit kabur. Mungkin ia agak memadai dengan penawaran zum sehingga antara 30-50 kali sahaja.

Bagi anda sendiri, adakah anda mementingkan ciri zum pada kamera di telefon pintar?


Komen ()