Cari @ Amanz

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 12 secara rasminya dalam beberapa bulan lagi. Terbaru, menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple dikatakan mungkin tidak menyertakan lagi fon telinga EarPods mereka secara terbina dalam kotak pada iPhone akan datang.

Ini akan membuatkan hanya iPhone dan pengecas sahaja hadir dalam kotak, sekaligus membuatkan pengguna perlu membeli fon telinga secara berasingan. Hal ini secara tidak langsung dijangka akan menaikkan lagi jualan fon telinga nirwayar Apple, iaitu AirPods.

Langkah ini juga sekaligus dijangka akan meningkatkan lagi jualan dan pendapatan Apple secara kasarnya. Apa pun, sekiranya hal ini benar, maka tidak mustahil kita melihat lebih ramai pengeluar mengikut langkah sama – apatah lagi kini hampir semua pengeluar mempunyai fon telinga nirwayar mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd