Twitter Menguji Ciri Mengehadkan Siapa Yang Boleh Membalas Ciapan Yang Dihantar

Twitter Menguji Ciri Mengehadkan Siapa Yang Boleh Membalas Ciapan Yang Dihantar

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Twitter ialah sebuah platform media sosial terkemuka yang membolehkan sesiapa sahaja menciap mengenai apa-apa topik, dan membenarkan sesiapa sahaja membalas kembali, kecuali apabila sesuatu akaun itu dikunci kepada pengikut-pengikutnya sahaja.

Terkini, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka sedang menguji sebuah ciri baru dimana pengguna boleh mengehadkan ciapan balas kepada pengguna-pengguna tertentu jika diingini walaupun akaun anda boleh dibaca secara terbuka.

Ciri had ciapan balas ini dipisahkan kepada tiga kumpulan, termasuklah:

  • Sesiapa yang membaca ciapan tersebut
  • Pengguna-pengguna Twitter yang diikuti anda
  • Pengguna Twitter yang disebut di dalam ciapan tersebut.

Melalui ciapan Twitter sendiri, ciri ini nampaknya akan hadir melalui Twitter Web ataupun aplikasi Twitter for Android dan iOS terlebih dahulu, dan ciri ini boleh ditetapkan sewaktu anda menulis ciapan anda.

Twitter mengatakan bahawa ciri ini akan diuji terlebih dahulu kepada sekumpulan kecil pengguna sebelum ia diperkenalkan kepada semua pengguna di serata dunia.



TIPS & ULASAN