PayPal hari ini memperkenalkan ciri pembayaran baru pada platform mereka, iaitu menggunakan kod QR. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan transaksi jual-beli nirsentuh dengan lebih mudah lagi.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus mengalakkan lagi para penjual persendirian untuk melakukan urusan jual beli – terutamanya pada era penularan wabak Covid-19 yang lebih mengalakkan transaksi nirsentuh.
Sebagai langkah pengenalan ini juga, PayPal mengatakan mereka akan sifarkan caj transaksi apabila menggunakan kod QR ini.
Buat masa ini, penawaran ciri QR ini hanya terhad di sekitar 28 buah negara sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan di Malaysia.