Realme bakal memperkenalkan sejumlah produk baru pada 25 Mei ini dan salah satu daripadanya adalah Realme X50 Pro Player. Jika dilihat namanya, kita sudah boleh mengagak peranti ini memfokuskan kepada pengalaman permua lebih baik.
Terkini, penawaran spesifikasi utamanya mula dikongsi menerusi beberapa poster rasmi. Realme X50 Pro Player dikatakan bakal menyokong paparan Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini turut menyertakan HDR10+ dan membawakan liputan 100% ruang warna DCI-P3. Selain itu, ia juga akan menawarkan kecerahan puncak pada 1,100 nits.
Pun begitu, ia tidaklah mengejutkan kerana penawaran kadar segar semula 90Hz ini turut sama hadir pada variasi Pro biasa. Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi kelak.