Cari @ Amanz

Kamera Swafoto Realme X2 Pro Rangkul 74 Mata Dalam Ujian DxoMark

Link Copied!

Realme X2 Pro merupakan salah satu peranti yang berprestasi tinggi. Peranti ini didatangkan dengan sejumlah penawaran menarik seperti paparan 6.5-inci AMOLED FHD+, cip pemproses Snapdragon 855+, sokongan empat kamera utama, kamera hadapan 16MP dan banyak lagi.

Terkini, DxOMark telah berkongsi laporan ujian kemampuan kamera hadapan untuk Realme X2 Pro. Keputusan ujian menunjukkan kamera swafoto Realme X2 Pro dilihat merangkul markah keseluruhan sebanyak 74 mata. Melaluinya, peranti ini mencatatkan 74 mata untuk kemampuan fotografi dan 85 mata pula untuk kemampuan video.

Sebagai kesimpulan, pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan imej dengan warna menarik, perincian imej yang tepat pada pencahayaan cukup, hingar terkawal dan tangkapan bokeh yang baik. Pun begitu, kritikan diberikan kepada julat dinamik yang terhad, penghasilan warna adakalanya tidak tepu dan ketidakstabilan dalam pendedahan cahaya.

Untuk video pula, Realme X2 Pro dikatakan berupaya merakam video dengan baik pada pencahayaan cukup bersama hingar yang terkawal. Kritikan pula diberikan pada penstabilan video yang lemah, julat dinamik terhad dan kurang perincian pada subjek.


Komen ()