Peranti moden tidak lagi mempunyai dagu dan dahi yang besar sekaligus mengakibatkan penggunaan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan menjadi mustahil. Bagi yang masih mendambakan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan, ia mungkin akan hanya boleh dinikmati pada peranti Sony,
Sony telah mempatenkan rekaan pembesar suara pop keluar pada telefon pintar di atas pada tahun 2o18. Mereka kini telahpun dianugerahkan paten ini pada 14 Mei yang lalu. Dua pembesar suara ini akan hanya terkeluar dari bahagian atas dan bawah telefon apabila diperlukan sahaja. Sebagai contoh untuk panggilan video, hanya pembesar suara atas dengan kamera pop naik akan dikeluarkan dari kerangka tubuh.
Paten ini amat menarik tetapi ia pasti akan mengakibatkan peranti tidak lagi kalis air serta debu. Oleh sebab itulah kami antara golongan kecil pengguna yang tidak kisah jika dagu dan dahi peranti sedikit tebal asalnya pembesar suara stereo dikekalkan.