Jika anda ialah seorang pengembara yang sering keluar di waktu malam, dan sudah melabur didalam ekosistem GoPro untuk siri kamera padat mereka, syarikat tersebut baru-baru ini dilihat memasuki pasaran lampu suluh pula dengan produk terbaru mereka, GoPro Zeus Mini.
Lampu suluh Zeus Mini ini hadir dengan DNA rekaan GoPro, dimana ia bukan sahaja hadir dengan sokongan untuk tapak-tapak GoPro sedia ada, tetapi juga hadir dengan penggunaan komponen dan ciri-ciri yang membuatkannya sebuah produk GoPro.
Zeus Mini ini menggunakan lampu LED dengan nilai kecerahan setinggi 200 nits yang boleh diubahsuai melalui empat tahap tetapan. Dalam pada itu, bahagian lehernya juga boleh dipusing 360 darjah untuk memudahkan pengubahsuaian lokasi penyuluhan apabila perlu.
Dalam pada itu, Zeus Mini juga hadir dengan sokongan kalis air dengan kedalaman 10 meter. Ia juga mempunyai klip dan magnet yang boleh dimuatkan kepada pelbagai jenis permukaan dengan kuat.
Dari segi ketahanan bateri, GoPro Zeus Mini ini boleh bertahan sehingga enam jam dengan satu pengecasan penuh bergantung kepada tahap kecerahan lampu yang ditetapkan.
GoPro Zeus Mini ini sudahpun hadir di pasaran-pasaran terpilih pada harga $69.99 (~RM350).