Oppo Ace2 Edisi Neon Genesis Evangelion Bakal Dilancarkan Di China

Oppo Ace2 Edisi Neon Genesis Evangelion Bakal Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Tahun lalu Oppo Reno Ace hadir dengan edisi khas Mobile Suit Gundam. Ia mungkin antara peranti edisi khas yang paling menarik pernah ditawarkan kerana hadir dengan kerangka berwajah robot Gundam dan juga antaramuka khas. Tahun ini tiba pula giliran Oppo Ace2 untuk menerima edisi khas anime popular Neon Genesis Evangelion.

Oppo Ace2 EVA Transparent Edition mempunyai panel belakang yang lutcahaya lengkap dengan logo NERV berwarna merah di bahagian bawah. Keseluruhan panel belakang didominasi warna merah dan hitam dengan garisan berwarna putih. Secara ikhlasnya elemen Evangelion dari imej yang tertiris ini tidak terlalu jelas. Besar kemungkinan seperti Reno Ace edisi Gundam tahun lalu, kerangka yang kelihatan seperti EVA 01 mungkin ditawarkan. Jadi adakah anda akan membelinya Shinji?



Paling Popular