Cari @ Amanz

Sabrent Memperlihatkan SSD M.2 NVMe Dengan Storan 8TB Pertama Di Dunia

Oleh Nazrin

Link Copied!

Apabila ia mula diperkenalkan hampir dua dekad yang lalu, storan SSD hadir dengan kadar penghantaran data yang boleh dikatakan pantas, tetapi jumlah storan sedikit kerana medium storan yang digunakan.

Kini, storan SSD bukan sahaja semakin pantas, tetapi sudah mula menandingi saiz storan yang hadir pada cakera keras. Terkini, sebuah jenama storan yang bernama Sabrent telah memperkenalkan storan SSD Sabrent Rocket Q M.2 NVMe yang mempunyai jumlah storan sebesar 8TB.

Oleh kerana ia menggunakan teknologi penghantaran data PCIe 3.0, ia mampu mencapai kadar pembacaan data setinggi 3.4GB/s dan kadar penghantaran data 3.0GB/s.

Buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan lagi apakah pilihan storan lain, bersama-sama tarikh dan tanda harga SSD Sabrent Rocket Q ini.


Komen ()