Cari @ Amanz

Instagram Hadir Dengan Notifikasi Apabila Pelanggaran Hak Cipta Pada Kandungan Dikesan

Link Copied!

Salah satu teori mengatakan hak cipta merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga dan pelanggaran terhadapnya perlu dielakkan. Sejajar dengan itu, Instagram kini mengemas kini aplikasinya dengan pemberitahuan mengenai pelanggaran hak cipta pada sesebuah video.

Melaluinya, sebarang video ataupun siaran langsung yang didapati mengandungi kandungan yang melanggar hak cipta akan diberi pemberitahuan ini. Sekiranya pemilik akaun mengabaikannya, video berkenaan akan disekat oleh pihak Instagram dan mereka akan menjelaskan tindakan selanjutnya yang perlu pengguna ambil untuk menghentikan sekatan tersebut.

Bagi mengelakkan kandungan dipadam kerana melanggar hak cipta terpelihara, pengguna digalakkan untuk mengambil muzik dari Facebook Music Collection. Dengan kemas kini ini, Instagram dilihat memandang serius soal penjagaan hak cipta dalam sesebuah kandungan.


Komen ()