Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang popular di dunia. Ia turut ditawarkan di Malaysia pada harga langganan bermula RM17 sebulan untuk mengakses pelbagai kandungan di platform berkenaan.
Terbaru, dalam usaha lebih melindungi pengguna mereka, Netflix mengumumkan mereka akan membatalkan langganan akaun pengguna yang tidak aktif.
Netflix mengatakan, mereka tidak mengemari pengguna membayar untuk sesuatu yang tidak digunakan mereka.
Menurut Netflix, mereka akan meminta pengguna yang tidak menonton Netflix selama setahun sejak mereka menyertainya untuk mengesahkan sama ada ingin mengekalkan langganan atau sebaliknya. Pelanggan berkenaan akan mula melihat notfiikasi dan emel bermula minggu depan. Sekiranya tiada sebarang pengesahan diterima, Netflix akan membatalkan langganan akaun berkenaan secara automatik.
Selain daripada itu, Netflix turut mengatakan, mereka akan mengekalkan corak tontonan seseorang pelanggan selama sehingga 10 bulan. Jadi, sekiranya anda membatalkan akaun anda hari ini, dan memilih menyertai Netflix kembali dalam tempoh 10 bulan, maka anda akan dapat mengakses kembali kepada corak tontonan anda di Netflix.