Umum mengetahui fon telinga adalah salah satu aksesori kepada peranti pintar kita hari ini. Ia juga sedikit sebanyak telah menjalani proses evolusi, daripada sepasang fon telinga berwayar sehingga kini menghasilkan fon telinga nirwayar dengan pelbagai fungsi menarik lain. Dengan hadirnya fungsi menarik ini ia dapat memberikan pengalaman pendengaran yang lebih mendalam. Salah satunya adalah HONOR yang baru sahaja melancarkan aksesori HONOR Magic Earbuds mereka untuk pasaran tempatan.
Antara fungsi penting yang terdapat pada fon telinga nirwayar daripada HONOR ini adalah teknologi pembatalan hingar hibrid yang aktif. Fungsi ini dibantu oleh teknologi dwi-mikrofon ANC yang membolehkan anda untuk menikmati kesan pembatalan hingar sehingga 32dB. Jadi, apabila anda memakainya, bunyi hingar daripada luar tidak dapat didengari sekaligus memberikan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan.
Malah, rekaannya sendiri dapat membantu anda untuk mendapatkan audio yang lebih berkualiti kerana Magic Earbuds ini membawakan rekaan trapezoid yang memberi keselesaan apabila memakainya. Rekaan ini menjadikan bunyi hingar daripada luar dapat ditapis seterusnya membolehkan anda untuk menghayati audio daripada fon telinga dengan lebih jelas. Magic Earbuds ini juga hadir dengan tiga pilihan saiz silikon lembut yang dapat dimuatkan ke lubang telinga dengan selesa.
HONOR Magic Earbuds ini terdapat fungsi yang membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman panggilan suara dengan lebih baik. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan tiga mikrofon yang mana, dua daripadanya berfungsi untuk menangkap suara anda dan kurangkan kesan hingar daripada persekitaran. Manakala satu lagi mikrofon berfungsi untuk membuat pengecaman suara daripada gegaran bunyi dalam telinga anda sekaligus menghilangkan bunyi hingar yang tidak diperlukan. Jelas sekali, dengan bantuan tiga mikrofon ini, ia berkesan untuk mengurangkan bunyi latar belakang yang bising dan menyampaikan audio yang lebih jelas apabila membuat panggilan suara.
Umum mengetahui bahawa HONOR telah hadir dengan ekosistem mereka yang tersendiri. Dengan hanya membuka bekas pengecasan Magic Earbuds ini, ia akan disambungkan dengan peranti-peranti daripada ekosistemnya secara automatik. Bercakap mengenai bekas pengecasan, anda juga boleh menyemak kapasiti bateri melalui fon telinga itu sendiri ataupun bekas pengecasannya dengan mudah.
Magic Earbuds ini juga dilancarkan dengan kapasiti bateri yang cukup baik untuk sepasang fon telinga. Menurut HONOR, ia mampu untuk mencapai sehingga 9 jam penggunaan bagi panggilan biasa, dan 12 jam bagi kegunaan mendengar lagu secara berterusan tanpa mengaktifkan pembatalan hingar. Manakala bagi penggunaan dengan mengaktifkan pembatalan hingar, fon telinga ini mampu untuk bertahan selama 10.5 jam bagi panggilan suara dan 14.5 jam bagi kegunaan mendengar lagu.
Apa yang lebih menarik adalah, HONOR Magic Earbuds ini akan mengesan pergerakkan dan status pemakaiannya di telinga anda. Jadi, apabila ia diletakkan di telinga, ia akan diaktifkan dan memainkan atau memberhentikan audio dengan mudah dan cepat. Namun, perlu dingatkan bahawa fungsi ini hanya boleh digunakan pada peranti yang dijana dengan antaramuka EMUI 1.0 dan ke atas sahaja.
Selain itu, fon telinga daripada HONOR ini juga hadir dengan rekaan yang membolehkan anda untuk mengawalnya dengan hanya gerakkan jari sahaja. Fungsi ini dapat berjalan dengan baik kerana ia menyertakan sensor sentuhan terbina pada kedua-dua belah fon telinga. Untuk memberhentikan muzik, anda hanya perlu tap pada kedua-dua belah fon telinga sebanyak dua kali. Manakala, anda hanya perlu tekan dan menahannya seketika untuk mengaktifkan dan mematikan fungsi pembatalan hingar. Anda juga boleh mengakses aplikasi Huawei AI Life untuk menukar tetapan kawalan fon telinga ini mengikut kehendak anda.
Fon telinga HONOR Magic Earbuds ini dijual pada harga bermula RM499. Namun, sekiranya anda membuat pembelian terawal, anda berpeluang untuk mendapatkannya pada harga diskaun, iaitu RM399 sahaja. Selain itu, anda juga berpeluang untuk menerima HONOR Scale 2 bersama baucar RM50 untuk pembelian di hihonor. Dengan penawaran ini, ia adalah sangat mampu milik untuk sebuah fon telinga premium yang dilengkapi dengan fungsi pembatalan hingar hibrid yang aktif, mampu untuk mengeluarkan audio yang lebih jelas semasa panggilan suara dilakukan hasil bantuan daripaa 3 mikrofon terbina serta mudah untuk dikawal dan digunakan. Bagi anda yang berminat, buat pembelian terawal sekarang untuk dapatkan harga diskaun melalui pengedar-pengedar rasmi mereka seperti Shopee, SenHeng, SenQ.
Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia