Tidak dapat dinafikan, OnePlus memiliki kelompok peminatnya tersendiri yang tidak jemu menyokong. Pengeluar ini juga seringkali menawarkan kemaskini yang pantas untuk rangkaian aplikasinya. Terkini, mereka hadir dengan kemaskini baru untuk aplikasi OnePlus Game Space dan kini sedia dimuat-turun menerusi Google Play.
OnePlus Game Space merupakan aplikasi yang bantu mengoptimumkan permua untuk pengalaman lebih baik pada peranti OnePlus. Melaluinya, pengguna boleh mengakses pelbagai jenis permainan dan fungsi seperti menyekat pemberitahuan ketika bermain, kawalan kecerahan secara automatik, Mod Fnatic dan sebagainya.
OnePlus juga telah menambah dua ciri baru menerusi kemaskini ini iaitu Instant Games yang membolehkan pengguna mengakses senarai permainan segera pada Google Play seperti Microtrip, Sea Battle dan banyak lagi. Menariknya, pengguna boleh memainkan permainan ini secara terus daripada aplikasi tanpa perlu memuat-turun terlebih dahulu.
Ciri seterusnya adalah Game Statistic. Fungsi di mana aplikasi akan menyediakan data penting mengenai pengalaman pengguna seperti waktu permainan dimainkan, kekerapan permainan digunakan dan tahap penggunaan bateri.