Carian
Oppo Hadir Dengan Program “LendX2Go” – Uji 20 Hari Oppo Find X2 Sebelum Membuat Keputusan Membelinya
May 22, 2020 Aman

Oppo Malaysia kini hadir dengan sebuah program program baru dinamakan sebagai LendX2Go. Melaluinya, Oppo menawarkan akses kepada sekitar 100 orang pengguna untuk terpilih dalam program uji dahulu sebelum miliki telefon pintar dibawah siri Oppo Find X2 Pro.

Dua telefon pintar ditawarkan, iaitu Oppo Find X2 5G dan juga Oppo Find X2 Pro 5G. Pengguna yang berminat untuk memiliki peranti ini, boleh mendaftar dan membuat deposit sebanyak RM3999 untuk Oppo Find X2 5G, atau RM4599 untuk Oppo Find X2 Pro 5G.

Seterusnya, anda akan ditawarkan masa ujian selama 20 hari untuk menggunakannya bermula 1 Jun 2020 kelak.

Oppo LendX2Go

Untuk pengguna yang terlibat dalam program uji sebelum beli ini, anda akan diperlukan menawarkan sebuah testimonial dan juga berkongsi 5 gambar di laman forum Lowyat atau Cari.

Menariknya, selepas tempoh ujian, anda boleh memilih untuk memulangkan peranti dan menerima kembali deposit penuh, atau membeli peranti berkenaan dengan diskaun sebanyak RM400 untuk Find X2 5G, atau diskaun RM460 untuk Find X2 Pro 5G.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar dibawah siri Oppo Find X2 ini, anda mungkin boleh menyertai program ini, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum memiliki penuh peranti berkenaan.

  • Layari : Oppo LendX2Go
Komen