Redmi 10X merupakan peranti terbaru daripada Redmi dan ia dijadualkan diperkenalkan secara rasmi pada 26 Mei ini. Redmi 10X telah disahkan menggunakan cip MediaTek Dimensity 820 sebelum ini. Menjelang pelancaran rasmi, nampaknya lebih banyak spesifikasi utama peranti mula dikongsi pihak Redmi secara berperingkat.
Paling menarik perhatian, peranti ini bakal menyokong fungsi dwi-SIM 5G – membolehkan dua rangkaian 5G diaktifkan secara selari pada sesuatu masa. Selain itu, Redmi 1OX juga disahkan menyokong paparan AMOLED di mana merupakan peningkatan lebih baik berbanding skrin LCD pada Redmi Note 9 sebelum ini.
Pada masa sama, Redmi 10X juga disahkan bakal menyertakan fungsi Always On Display pada tetapan peranti. Spesifikasi utama lain masih belum dikongsi. Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi tidak lama lagi.